Wednesday, July 7, 2010

hujan di kuala lumpur

hujan di kuala lumpur
aku melihat dari tingkat 4
bangunan pejabat.

butir-butir hujan jatuh ke jalan
bakal masuk ke longkang
atau mungkin nanti kering menghilang.

demi tuhan yang mencipta keindahan subuh
dan pencipta keajaiban malam
saat ini kerinduan dan kasih ku pada seseorang
sangat mendalam.

tiada kata-kata
dapat diungkapkan
hanya air mata mengalir membuktikan.

4 comments:

a.R said...

.... bahawa kau betol2 rindukan akuuuuu hahahahahaha.....ngee~~

ita khair said...

hek eleh..blah..
tapi kat ko pun aku rindu gak...(buek).

a.R said...

hmmm kan da ckp..

ita khair said...

heheh..nanti kita jumpa..bagi runtuh itu UTM..gampatek for last sem!