Tuesday, December 14, 2010

WORK SUCKS!!!
WORK SUCKS!!!
WORK SUCKS!!!

Friday, November 19, 2010

~fleeting~

bismillah...

ya Rabb
hamba tahu,
rezeki hamba
takdir hamba
hidup dan mati hamba
ditangan-Mu.
Lalu,
hamba mohonkan ia
dipermudah
didekat
dimurahkan
oleh Mu.
AMIN

Tuesday, November 2, 2010

hentuk kepala kat dinding, bleh?

1- pending stupid banking case
2- final exam!!
3- digital sound recording case
4- btn @ shah alam
5- tunggang-langgang, macam haram!!!!!!

hua...november..november..november.

Saturday, October 30, 2010

i dont know how

bismillah.

i need to settle all the things,
fix the things,
but i dont know how.
there's two months left,
but nothing have done.

Scared?
YES!
Nervous?
YES!

Thursday, October 28, 2010

bye-bye october

bismillah.

oktober dah abes...
emmm...
(ish..tak baek la mengeluh, bongok!)

kemudian datang november then december.
cepatnye masa itu berlalu.
kita sedar, banyak sangat masa yang dah disia-sia kan..
ish...
(bila nak abes?)

wal as'
innal insa nalafi hus
illallazi na a manu waa milus solihati watawa saubil haq
watawa sal bissob.

Wednesday, September 29, 2010

~berakhirnya September 2010~

bismillah.

ogos sudah pergi,
kini, datang september

dan september ini pula,
mahu berakhir,
tinggalkan kami
dan oktober bakal menjenguk tiba.

manusia itu,
masih lagi menunggu
kebahagiaan pelangi petangnya.
entahkan bila mahu menjenguk tiba.

septembernya seperti juga ogos,
dugaan, dugaan, dugaan.
khabar gembira yang ditunggu,
masih lagi tidak kunjung tiba.

doa kami,
"Allah, cekalkan hati manusia itu.
berikanlah, anugerahkanlah,
kebahagiaan pelangi petang yang dia tunggu"

Tuesday, September 14, 2010

~quote~

"too many people think
everyone else is happier than them
instead of appreaciating
what they already have!"

Saturday, September 11, 2010

bismillah...

ramadhan dah berakhir.
berakhir jugak peluang untuk kumpul, cari lebih bekalan.
nak tak nak kene tunggu tahun depan.
itu pun kalo masih ada nyawa di kandung badan.

syawal itu datang,
bawa kemenangan.
dan juga kegembiraan.
tapi,
jiwa ini diam.
wajah ini kaku.
perasaan ini tiada.
baju baru ada, tapi tak ada jiwa nak memperagakan
hatta untuk mencuba.
entah.
payah.
tak faham.

tuhan,
hamba mohon keberkatan.
hamba juga mohon supaya hati ini dicekalkan.

Thursday, September 2, 2010

i've nothing to do

bismillah...

dulu ingat klia tu jauh...
nak pegi kene naik kete.
nak pegi tu emmm...
kata orang sekarang ni "berchenta"

tapi now,
nak pegi anytime.
naik bus pun jadik.
sampai jugak...

august, oh...august!


bismillah...

bulan ogos banyak nye dugaan.
macam-macam jadi bulan ogos...
itu, ini..
kalo orang lain, pe yang diaorang buat??
lari balik kampung?
sorok dalam rumah??
tenangkan fikiran??

31 ogos 2010,
21 ramadhan 1431 hijrah
hari terakhir bulan ogos,

impian,
semoga bulan september datang bawa pelangi petang
(cewah, cam biasa dengar ayat ni)

doa dekat Allah,
moga nanti datang kebahagiaan
especially, kurniakan kami dengan keberkatan bulan ramadhan.

malam,
satu lagi kejadian bawa kesedihan.
kita tengok dia terbaring,
tak bergerak-gerak.
kita cuit-cuit, tak jugak bergerak.

kita kol orang tu,
tapi tak angkat
(perang dingin.eh, bukan patut kita ke yang tengah marah?)

sms tu kita sent kan camni;
"male tak gerak!dah tak nak gerak!!"

dia reply;
"syg,kol blk..pls.tadi tgh drive"

kita nangis...
dia dah pergi tinggalkan kita.
bulan ogos itu juga.

ya Rabb,
sesungguhnya hamba redha.

Tuesday, August 31, 2010

31st August 2010

hari ni, merdeka ke 53.
esok 1 haribulan sembilan.
habes dah bulan 8.

bulan 8 yang banyak kesedihan...
ramadhan pun nak abes dah...
emmm..
tak best...

bosan...
bosan...
bosan....

Sunday, August 22, 2010

~bila manusia itu berbicara~


entah apa kegilaan merasuk
apa jenis kejahatan telah menggoda.

dunianya,
jadi alpa, tak heran, kesah apatah lagi,
hanyut...

tuhan,
hamba telah hilangkan jiwa
hilangkan nyawa.

lantas apa neraka patut hamba dihumbankan?
berapa laut hamba patut ditenggelamkan?
berapa abad patut hamba dilupakan?

tuhan,
hamba tahu,
detik itu tidak dapat dikembalikan,
hatta sebuah mesin yang difantasikan dalam kartun dan movie
mengembara merentasi masa bagi mengembalikan kejernihan.

tuhan,
hamba hanyut dalam dosa ciptaan hamba sendiri
lalu,
ingin hamba menjerit, meronta, meraung,
meminta ampun dari-Mu.

Monday, August 16, 2010

NUR KASIH



bismillah

"manusia itu fakir,
dan dalam kefakiran itu Allah kurnikan nur"

ya Rabb,
inilah hamba yang penuh dosa dan kilaf,

hamba ini tidak mungkin setabah Fatimah,
tidak juga sebijak Asmah,
tidak juga secantik Zainab.

tapi hamba berharap dan bermohon,
kurniakan hamba dengan nur
ilhamkanlah kepada hamba cara
untuk hamba mencari bahagia,

amin...

Sunday, August 15, 2010

~ramadhan oh ramadhan~


5 ramadhan 1431 hijrah.

dah masuk hari yang ke - 5
tapi kita belom rasa sebijik pon kurma.

kurma dari dubai abes rosak
diserbu tentera rakus semut.
emmm..kempunan.

tahun lepas banyak la pulak insan sedekah kurma,
heheh..tahun ni?
semua bajet ke eh??

kita plak tak beli lagi,
tak sempat nak berjalan
tapi, spesis bajet juge..
tih..tih..tih..

Tuesday, August 10, 2010

~semalam yang kasihan~

bismillah...

semalam, sms itu berbunyi begini;

"Maaf,takde moOd.
orang runsing.sebal.bingung.penat.berat."

malam,
tiga missed calls.
entah kenapa,
sekarang tak dengar langsung vibrate itu berbunyi.
tido itu kan sangat best...

pagi,

"kol me last nite?sori x sedar langsung.
pose ek hari ni.smlm dah niat kan.
take good care of urself.don wori bout me."

then,
tak lama selepas itu,
lima missed calls dari itu 'orang'
hah!pasti dia tengah meroyan and akan bersambungan.

sori,
tak kan layan.
pegi mampos sama kau!!!

Monday, August 9, 2010

~salam Ramadhan 1431~

Bismillah...

Ramadhan datang lagi.
saat entry ini ditaip,
dada rasa sebak sangat.

ye...ye...
jiwa ini jiwang karat mengarat.

entah kenapa,
tahun ini banyak sangatlah dugaan.

ya Allah,
hanya Kau yang mengetahui
akan dugaan yang diberi.

muka tak bleh blah.
hari-hari cam rasa nak penyepak orang.
apa lah dosa orang itu.

susah.
ade je bende mendatang.
macam nak tercabot jantung bila diingatkan.

kita harap,
keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan
dapatlah beban dikurangkan.

Ya Rabb,
hamba mohon dengan sangat.

"ya Allah,
janganlah Engkau sesatkan hati kami
sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berilah rahmatMu,
sesungguhnya Engkau Maha Pemberi".
Amin.

Sunday, August 8, 2010

~susahnye nak fikir pasal orang~

its was just few days before my sister want to fly
back to dubai,
bila alisa cakap macam ni kat my sister

"susahnye nak fikir pasal orang ni che dien!"
(she just 6 years old).

dia tak nak che din nye balik dubai
o dia tak nak sebab nanti tak leh main up to ten kat lappy pink che din dah??
emmm..entah..

but,
the thing is
she just six years old
n dah terasa susah bila memikirkan pasal orang lain
susah bila ade masalah.

yasin dalam lagunya;
"hidup ini memang payah"

cik mude azie dalam wall fb nye;
"When life gives you a hundred reasons to cry,
show life that you have a thousand reasons to smile.."

kita plak,
dalam wall fb just recently;
"kalo kita susah, ade orang lain yang lagi susah,
tapi, susah diaorang tak sama dengan susah saya..camne?"

susahnya nak pikir pasal orangggg.......

Thursday, August 5, 2010

~jumaat, 6th of august 2010~

bismillah


pegi bank (cam biasa)
"pe-pe pun, lepas berusaha kene tawakal"


jumpa hanim.
"nim, bagi nam ribu lima ratos sekarang"


dia tunduk,
diam tak melawan.
che anas dok pandang-pandang.


pe tengok che anas?
nak ngorat, ngorat ar.


"hati-hati"
che anas pesan before kita blah.


gi bank sebelah,
letak kertas kaler hijau sebanyak 130 keping atas meje.
banker tu tengok kita.

dia kata,
"releks ar"


kita tunggu.
perasaan.
entahlah.
banyak, macam-macam.
nak nangis, takot, neves,nak lari cari abi.
nak duduk menadah tangan kepada Allah,
"hamba mohon sangat-sangat..."


abes,
jalan tar kita meround.
sorang-sorang,
cam kebiasaan.

Tuesday, August 3, 2010

`hamba mohon dengan sangat`





Demi Allah,
tuhan yang hanya hamba ada
yang mencipta keindahan subuh
dan mencipta keajaiban malam,
hamba mohon dengan sangat
hamba mohon dengan sangat.

Sunday, August 1, 2010

yes, ini untuk melayan jiwa yang jiwang karat mengarat

berdiam, sunyi , bisu

perempuan itu,
memberi,
kerana ia faham,
hidup untuk memberi

perempuan itu,
memberi kasih bukan sekadar cinta
mengorbankan cintanya yang agung
kerana ia faham
hidup untuk memberi

perempuan itu,
berdiam,
sunyi,
bisu,
hidup untuk memberi.

to: PEOPLE, who just looking and saying.

Tuesday, July 20, 2010

aarrgghhh!! kenapa mesti camni jadinye??

Memetik kata-kata cik mude;

"Bila kite tau satu perkara yang kalo boleh kite tak mau tau...
Tapi, kalu tak tau kite pulak akan tertanya-tanya kan...
Tapi bile dah tau, this is what u get....
frustrated, dissapointed, demotivated, bLA..BLa..bLA..."

kita SETUJU.
satu soalan.
kenapa mesti jadi macam ni?

ya Rabb,
maafkan hamba.

dush...tunduk kepala.

Monday, July 12, 2010

~snort!~

apa kes?
kalo di bawah lebih bijak dari yang di atas
kalo pe-pe,
camne nak rujuk pada yang atas??
sendiri mau fikir le beb!!

p/s: pagi-pagi dah buat badan hangin satu macam...

Sunday, July 11, 2010

apa yang kita dapat hari ini ep.2

"wahai orang yang mendekatinya
aku tiada sesiapa pun selain Allah di hatiku
aku tak tahu dan tak mahu menjadi penghalang cinta
tapi ia datang atas jemputan daripada-Nya
kau belum tentu lagi tercipta untuknya"
p/s: cewah..cewah..cewah...

Wednesday, July 7, 2010

hujan di kuala lumpur

hujan di kuala lumpur
aku melihat dari tingkat 4
bangunan pejabat.

butir-butir hujan jatuh ke jalan
bakal masuk ke longkang
atau mungkin nanti kering menghilang.

demi tuhan yang mencipta keindahan subuh
dan pencipta keajaiban malam
saat ini kerinduan dan kasih ku pada seseorang
sangat mendalam.

tiada kata-kata
dapat diungkapkan
hanya air mata mengalir membuktikan.

Tuesday, July 6, 2010

ADTEC, Taiping


malam itu,
sms itu dikirimkan begini,

"last nite at taiping for my induction course.
esok balik KL.takutnye..."

she replied,
"good luck"

Ya Allah,
LUCK hamba-Mu ini berada di tangan-Mu.
Bantu hamba yang sangat kerdil,
yang banyak khilaf dan dosa ini.
tolong ya Allah.

Sunday, June 13, 2010

kerk...

bismillah.

last saturday,
kita dapat balik vaio kita
(en.abi pinjam, buat keje)

"free-free, download lagu ek encik"
"orite"

then,
on kan.
BPR, KRU, fotograf, bumiputrarockers?
di alam fana cintamu?
emmmm, ok..ok...
layan je lah...

Saturday, June 12, 2010

apa yang kita dapat hari ini...

Bismillah.

"wahai orang yang mendekatinya,
aku tiada siapa pun selain ALLAH
di hatiku.
aku tak mahu menjadi penghalang
cinta ini.
kau tercipta untuknya."

Friday, June 11, 2010

kekkeke..


keh..keh..keh..
ini macam pon ade..
antara lain liriknya;
"ma..ma..main serong berbahaya but is so fun..."
ini lagu untuk luo!

ehem...


lepas buat post tu,
kita letak post ni pulok..
ape ke he weh??

ye, ye,
jiwa itu lembut,
perasaan itu subjective.
cit porrah!

ye...ye...cakap saje

bismillah

apa yang orang tu buat,
tunggu bagai dungu.

yang satu lagi tu pulak,
bole buat orang tu tunggu,
bagai dungu.
tergantung-gantung
takde hala tuju.

kalau orang tu takde akal,
takde iman untuk mengawal
haruslah yang satu lagi tu disumpah menjadi kodok hodoh,
tak pon jadi kasut
so, orang itu akan pakai
dan menginjak-injak kasut ke lantai selalu.
barulah yang satu lagi tu tahu,
macam mana rasa
menunggu, bagai dungu.

Thursday, June 10, 2010

hari ini dalam pejabat

boss cuti...
so, aturkan keje untuk minggu ni...
satu hari tutup fail.
jawab calls...
satu hari lagi susun fail kat pigeon holes.
jawab calls.

tadi,
nak run kan VLC ar...
tapi,
"bukan itu orang atas tau kita buat apa ke??
diaorang boley monitor kan?"
cesss...trus tak jadi nak berhangover...

Thursday, June 3, 2010

kumohon ~shiela majid


kita suka lagu nih...
tapi shiela salah sket,
lagu kumohon, tak yah ar pakai baju nampak ketiak!

Wednesday, June 2, 2010

hari ni, dalam lrt

takde mood...
malas,
letih,
sebu,
sendu.

kl sentral,
tiket keretapi abes.
tiket bus adalah.
35 hengget...
terbang gi masuk dalam cash drawer transnational.

jalan-jalan,
tanpa tujuan.
bateri kong.
takde sapa boleh berhubung.
biarkan.

hari ni, dalam lrt,
ramai orang.
nak balik rumah le katakan.

kita tengok penumpang
sorang-sorang.

budak pompuan ni, benda-benda yang dia selalu fikir ialah;
-what should i wear?short pant, jeans, t-shirt, high hills?
-which phone i want to buy??
-i dumped another boy!
-i hate her, uuhh..i like her.
-ma, can i have some money??

hari ni, dalam lrt,
kita compare, apa yang budak pompuan tu fikir hari-hari
dengan apa yang kita fikir, kene, hari-hari...
-keje
-cari duit, cari duit, cari duit
-bayar bills
-yuran
-skolah, belajar tak abes lagi
-mak
-arwah ayah
-adik
-kakak-kakak
-kawan
-lembab
-rumah
-tanah
-degree
-hutang
-diri sendiri??
-kasih sayang??
-kemahuan, yang tak tertunai-tunai
-urusan tak sudah-sudah
-orang gile
-msg bangang
-complaints

agak-agak, dalam 10 orang dalam lrt hari ni
ada tak, yang fikir banyak cam kita?
tu tak abes senarai lagi tu.

kita mohon;
"ya Rabb, tolonglah hamba"




Tuesday, June 1, 2010

ini bukan time untuk jiwang

Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada...


Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

p/s: ni takde kene-mengena ngan sapa-sapa...tapi batin kita mahu menjerit-jerit...STRESS!!

Monday, May 31, 2010

will you still love me tomorro ~ amy winehouse


tonight you're mine completely
you give your love so sweetly
tonight the light of love is in your eyes
but will you still love me tomorro

is this a lasting treasure
or just a moment's pleasure
can i believe the magic of your sighs
will you still love me tomorro

tonight with words unspoken
you say that i'm the only one
but will my heart be broken
when the night meets the morning sun

i'd like to know if your love
is a love i can be sure of
so tell me now and i won't ask again
will you still love me tomorrow
one of my favorite song,
soothing je...

last weekend

bismillah...
so, cuti wesak,
kitaorang balik ipoh.
aktiviti adalah seperti berikut:

masak,
makan,
ngadap lappy
pi picnic,
but before that,
masak,
then kat sana, makan.
balik ngadap lappy,
mengadap lappy lagi..
dah macam kat cc je umah mak tu kita tengok..
sebab masing-masing ngadap lappy.

penat,
sakit-sakit badan.

badan, lebam-lebam
akibat mandi sungai, terantuk kat batu,
tangan bengkak,
akibat dari jatuh longkang...
kene gelak dek orang,
macam haramm..
sendiri jatuh baru padan muke!

hari jumaat tu,
entah awatnye,
kita amik vaio pink che dien,
bukak facebook satu...
ehehheheh...
demam??

Monday, May 24, 2010

mereng...mereng..mereng...

bismillah.

sakit jiwa...sakit jiwa.
tapi sori,
kita tak moh and belom jadi gile!

sakit otak...sakit otak...
kan best dapat menyepak
biar dia tersentap!
pastu insaf and stop kacau orang.

gile,
tuduh orang bukan-bukan,
cakap merepek-meraban
kamu,
dok sana diam-diam!

kita,
SABAR.
nanti kita baca Quran.
bagi hati sikit tenang...

Thursday, May 20, 2010

apa cerita...

cerita pertama:
venue: Bank A
time: 1.00 pm

jumpa budak pompuan yang cun (agak la)

"ye?"
"emmm...saya nak tanya pasal mortgage"
"ar?"
"land mortgage"
"camne tu ek?"
senyum...
"gadai janji"
"ooo...ada, tapi person incharge dah keluar lunch"
"ooo..ok, takpe..nanti saya datang lagi"

cerita kedua:
venue: bank yang sama
time: 2.30pm

jumpa orang lain..bukan budak pompuan yang agak cun tadi.

"ye cik?"
"saya nak tanya pasal mortgage"
"mortgage tu apa ek?"
senyum...kali ni, senyum lama.
apa cerita??

Wednesday, May 12, 2010

kita berdoa


bismillah

ya Allah,
ya Rabb,
ya Rahman,
ya Rahim.
jadikanlah hari ini,
hari yang baik untuk kami.
dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini.

Amin.

Tuesday, May 11, 2010

kata-kata hari ini

"dengar sini,
kamu jangan bergaduh dengan orang bodoh.
Nanti kamu yang bodoh.
Orang bodoh itu dinding batu.
Kamu baling dengan bola ping pong,
dia patah balik kena dahi kamu.
Lawan orang bodoh, bodoh!
Lawan orang gila, gila!"
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
saifulislam.com

Thursday, May 6, 2010

garage sale?? no way...


hullaweyyy...
pe nih??
nak buat garage sale??
kumpul banyak-banyak...
ade lagi nih...
kat dalam kotak...
heheheh..
gile!
OBSES!!

the blue bottle is the new one...
dapat semalam.
abi bagi...
hehehe
aseh abi...

tapi, keychain dah hilang...

~my new tinggy~



vaio,
baru beli
heheheh...
alhamdulillah.
harge??
jangan tanya.
sensitip!
cun?
mesti...

Monday, May 3, 2010

kamu, ini apa...


bismillah.

sometimes,
tak tau apa lagi nak buat,
macam mana lagi nak acts,
apa lagi nak kata,
apa yang harus difikirkan,
apa lagi yang nak diminta,
apa lagi yang nak didoa...

berserah,
tahan sabar,
tahan amarah...

berserah,
itu tanda kita kalah???
ya Rabb,
kuatkanlah hati kita...
kuatkanlah hati kita...
plzzz...
amin.

Sunday, May 2, 2010

weekend

BOSAN...
b o s a n . . .
b o s a n . . .

adoiii..
kebosanan...

"pegi buat seat-up, pumping, lari keliling rumah"
"lagi le bosan tahap gaban"

jangan kata nak berlari, tido pun bosan!

Thursday, April 29, 2010

sudah pecah rekOd!

hOh...
selama bekerja...
rabu dan khamis,
rekOd dah tercipta.
kita... MC!

bukan satu tapi DUA (2) hari...
doktor bagi.
bukan kita mintak...

husni cakap,
"ko dah jadi jahat sekarang".

ces...
belom lagi tu...

Tuesday, April 27, 2010

jadi...

bismillah...

semalam, sms itu, kita sent kan camni.
"gOOd lUck fOr the whOle week.gO n say sumthing nanti.
tunjukkan yang u r neither emo nor ego"

apa yang dia balas?

"insyaallah"

kita,
emmm...masih kurang mampu?
ya Rabb,
kuatkan hati dia...

-untuk renungan bersama-

bismillah...
"takutnya seorang hamba ALLAH itu,
kalau-kalau hilang rahmat ALLAH,
hilang petunjuk-NYA,
tapi yang paling menakutkan ialah,
jika hilang kasih sayang ALLAH"

Monday, April 26, 2010

-kantOi-

eemmm...
monday!
bila monday, mesti serba tak kene.
kunci hilang hari monday jugak
ishh...sedeh, tak abes lagi.

keje..keje...keje...
nengok fail...
erk...sok ada audit...
x best!

sms itu berbunyi begini;
"salam.berita terkini...nak tau?taip YA
dan hantar ke XXXXXXXXXX & anda akan mengetahui berita tersebut. :p"

kendian,
tunggu reply.
main game sat.
PIRATE POPPERS!

1..2..3..4..treng..treng..treng..
(tepon bunyik lagu miley cyrus -7 things)
-helo...
-i hantar YA sekarang.so, pe berita terkini?
-hehehehe...begini.
prot..pret..prot..pret..(menyembang)

tangan kiri pegang phone,
tangan kanan pegang mouse main game.

tibe-tibe..
tup...
ALAMAK.
boss kat belakang
tengok kita main game.
KANTOI.

Tuesday, April 20, 2010

bila school dah start cuti...

Bismillah…

Semester break.
Bila releks time malam,
kita tak rasa bersalah langsung…
ternyata ia aman…


Masa exam week tu hari,
dah downloaded and transferred banyak lagu from Lenovo Cik Mude Aze.
So, layan…heheheh..
pasang kat opis lagu lama Puan Anita Sarawak.

Tuan, jangan marah ek…
kita tau, tuan pun layan jugak kan…
that’s why tak kesah kita pasang lagu…kan..kan..kan..
kalo tuan tau, mesti dia akan cakap

“memandai le awak ni”
hheheheh…


Guna vaio pink dien.
Sambil pasang lagu,
layan kepala otak,
nengok gambo kelas yang transferred from LinaSidi’s camera.
Miss them already. Every picture tells a story.

Bukak organizer, still ada work yang pending.
Dalam pemerhatian. Untuk disiapkan.
Adeh…malehnye…Dush..dush..dush…
Ya Rabb,
Kurniakan lah kepada hamba vitamin R
dan sedikit magic.

Plz…

Nota kaki: hoh…che dien, download e-book…
hehehe…transfer…transfer…pe lagi..eeeyyyaaahhh!

Sunday, April 18, 2010

kunci...mana pergi kamu??

bismillah...

uwa...
kunci hilang...
key chain pun hilang.
dah tak bleh dapat dah...
sedeh...

mana ia pergi.
orang itu,
masam bila tau bende ni jadi.

exam dah abes...
alhamdulillah...
relieved sket...

sabtu,
tengok dia.
Ya Rabb,
tegurlah dia
dengan cara Mu yang paling bijaksana

sob..sob..sob...
nak kunci kita balik!!

Thursday, April 15, 2010

-e.x.a.m-

.s.t.u.d.y.
pe je yang kamu fikir??
exam kan...
sabtu paper akhir
jangan fikir bebanyak
ada benda yang lebih penting
selain daripada fikir benda-benda tu...
GAMBATEK!!!

Tuesday, April 13, 2010

treng...treng...treng...

nak satu...
nak satu...
nak satu...
arghhhhhhh....
nak satu je...

s.a.b.a.r

sabar
s a b a r
s a b a r
s a b a r

sabar
s a b a r
s a b a r
s a b a r




Friday, April 9, 2010

jadi...

sms tu kita sent kan camni.

"sabar...ALLAH itu tengah aturkan sesuatu yang lebih bagus untuk ko.
janji ALLAH, kesusahan tak datang dua kali...
sabar, reward nya besar"
kita faham perasaan dia,
walaupun dia pernah lontarkan statement cam
"emm, better than nothing"
memang better than nothing,
tapi, siapa yang tahu hal sebenar kecuali kami dan tuhan??
kawan kita,
sabar banyak-banyak.

Sunday, April 4, 2010

ha...exam lagi??

bismillah...
so,
kita akan ada exam lagi.

walaupun dah exam banyak kali...
dup dap...dup dap dia still berada pada tahap tinggi...
macam nak pecah beb.

first paper on this 7th april.
costing.
dr.siti punye paper.
insyallah, akan cuba sebaek mungkin.

pasni,
tinggal satu sem je lagi...
hehehehe...
gampatek kundasait!

kawan semua...
BERUSAHALAHHH!!!

Sunday, March 28, 2010

-weekends-

emmm...
last class wit dr.Fuad.
dok tergelak-gelak je yang banyak.
faham ape yang dia ajar??
emmm...
HARAAMMM...
(ade jugak yang makan marker pen ni)

so guys,
ke kenyir kite bulan june nih??
simpan duit ek...

adoi...
keje still blom beres-beres...
ahad,
keje still dok depan mate.
nak sentuh tu...
emmm...
HARAAMMM...

sok isnin...
erk...MONDAY BLUES...
kan best kalo kita leh gi keje
sesuke ati kita nak gi kol bape...

tengkorak ang...
ingat opis engkau??
oouuuttt!!

Saturday, March 27, 2010

.b.a.h.a.g.i.a.

BISMILLAH

ade ke perkataan yang tepat untuk memberi maksud bahagia??
ade ke perkataan yang sebenar untuk menggambarkan bahagia??

"aman, damai serta gembira"
-Kamus Pelajar, Dewan Bahasa & Pustaka-

asar tadi,
kita rasa damai sangat.
solat asar 2 kali.
sebab nak rasa lagi damai tu.

sepotong doa, permintaan, harapan,
yang kita baca,
yang kita sentiasa baca,
tak kira masa,
sejak entah bila.

"ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim, ya Karim...
hamba ingin bahagia hamba...
hamba ingin bahagia hamba...
hamba ingin bahagia hamba."


Wednesday, March 24, 2010

kamu, ini apa...

prefer senyap...
bisu,
bosan,
penat.

tak nak mengaku?
biar.

manusia,
bila buat salah, berapa ramai yang nak mengaku?
kita, kadang-kala sama saja.

Dear ALLAH,
bila hamba ini akan dapat bahagia?


SABAR...SABAR..
REWARDNYE BESAR

Tuesday, March 23, 2010

21 mac 2010
















21 mac 2010 (sunday)
besday kita yang ke 25 tahun (tak maen le rahsia umoq)

malam, kul 11.55 dapat msg dari en.bob
thanks en. bob.

midnite, kul 12.00
abi called, sambil tunggu van pick up untuk balik hostel
wish me besday plus,
nyanyi...
first time rase suara dia merdu...
kakakakaka...

pagi,
wish abang din hepi besday jugak
mak tepon,
asu tepon,
kak oon tepon.
ica nyanyi jugak...
comel sangat...
heheheh

pegi kelas,
saly nyanyi jugak plus bagi present.
thanks saly.

jumpa en.shafie,
dia pun nyanyi jugak...
heheheh...ni bebudak laen tengok mesti jeles..
"bile lagi...?"
"Pe??"
"Eleh, buat-buat tak faham plak"
ade jugak yang kene pepagi bute ni.
"Hadiah kene bagi ganda 25"
"25 ribu rupiah, bleh..bleh.."

buat jamuan sket,
kita bawak ayam goreng untuk kekawan...
makan brownies yang che dinje beli kat secret recipe.
SEDAP!!
mihun mak jijah juge lazat!!

petang,
saly, jijah, kak ti (bakal mak orang) ngan kita dok depan kelas kat longkang
then bob datang,
bagi hadiah...
heheheh....
time kasih bob...

oits...
jom balik!!

balik,
buka apple,
YM.
ngan kak dien...
sembang-sembang...
"kak, orang dah lama tunggu ni..."
"pe? bila akak nak tukar blackberry tu?"
"Bukan..."
"then?"
"Bile akak nak wish ta punye besday? kat sana dah 21 haribulan kan?"
"Alamak...heheheh..yelah..sori...hepi besday"
ape la lu dien...
blah..blah..blah...sembang prot-pret..

keje depan mata cuma hiasan juge...
hehehe..bile nak buat asignment costing de??

Saturday, March 20, 2010

friDay the 19th of Mac 2010

friday,
datang opis, pakai baju purple.
bawak beg skolah (cam biasa).

sampe opis,
turun bawah nak buy breakfast.
depan mata tengok eksiden.
AGAIN!
selamat tak terok sangat.

pukol 11 pagi, mata ngantuk,
malam tak leh tido sangat
AGAIN!
adoi...

turun tingkat 3 cari hiburan...
heheheh...
(kita rindu tempat nih weh)

tengahari,
pegi bank...
AGAIN!
alhamdulillah,
cheque sudah mari

2.45 petang,
sembang-sembang...
keje tak banyak le katakan.
gelak-gelak,
selamat, tak le berapa bosan...

petang,
pegi kampus,
MATLAMAT: jawab test COSTING dengan BERGAYA.
but before that jumpa kawan-kawan...
buat bising dalam library...
AGAIN!
selamat tak kene tegur ngan librarian cam dulu...
hehehhe...

test,
alhamdulillah...
tergelak-gelak sambil buat test...
eii..apa da...
ini macam pun ada ke??

malam,
balik,
mandi,
tak makan,
masuk bilik,
sembang-sembang,
gua rindu lu de...

mata pejam,
fikiran melayang-layang...

ape le...
ini pon nak tulis,
tahpahapetah...

friday, 19th mac 2010.
dear Allah,
ulang balik hari ni bleh??

eiii...apa da...

bosan...
bosan...
bosan...

mengantuk...
mengantuk...
mengantuk...

last nite,
tak leh tido sangat...
mata tutup, tapi otak berjalan,
still.

fikir itu dan ini...
apatah.

ya Rabbi,
susah ek...

kenapa dia suka buat perangai,
kamu,
sabar sket lah weh...
pesal nak mengamok-ngamok...
pe da...

dear Allah,
i wanna magic...

Tuesday, March 16, 2010

DumpS

camne ni...camne...
datang opis cam takde rasa...
keadaan dah tak macam dulu.

arrr...
hari-hari mesti nak lelap dulu...
bosan tahap mangkok!

exam nak dekat,
keje yang kene siapkan tak buat-buat.

tapi,
takde hati kat situ.

camne ni...camne...
kenapa malas sangat ni???

Dear Allah,
nak magic bleh??

Wednesday, March 10, 2010

wHat gOes arOunD cOmes arOunD kan...

yup,
me, right.

semalam, hari dia.
today my day...

tapi lebih terOk dari apa yang dia kene.

atleast, dia takde orang nak bagi msg yang entahpahapatah.

what goes around comes around kan...
sabO je lah...

kita fight,
kita senyap.
bila fikir, tak yah nak lawan orang dalam "PBB" nih.
diaOrang je yang betOl kan...

takpe,
diam itu bukan kalah,
diam itu bukan semestinya setuju.

tapi dalam diam,
kita tetap berdOa,
walaupun orang tu cakap tak yah susah-susah.
lebih baik doa untuk nenek o moyang je,

takpe,
sebab kita amat yakin akan janji-janji Allah.

what goes around comes around kan..

Tuesday, March 9, 2010

tears drOp oN my guitar ... (erk...pillOw la)

drew lOOks at me
i fake a smile sO he wOn't see
that i want and i'm needing
everything that we shOuld be
i'll bet she's beautiful
that girl he talks abOut
and she's gOt everything that i have tO live withOut.

true talks tO me
i lOugh cause it's sO damn funny
that i can't even see
anyOne when he's with me
he says he's sO in lOve
he finally gOt it right
i wonder if he knOws he's all i think abOut at nite

he's the reasOn fOr the tear drOps on my guitar
the Only thing that keeps me wishing On a wishing star
he's the sOng in the car
i keep singing
dOn't knOw why i dO

drew walks by me
can he tell that i can't breath?
and there he goes, sO perfectly
the kind flawless i wish i cOuld be
she's better hOld him tight
give him all her lOve
lOOk in thOse beautiful eyes
and knOw she's lucky cause

sO i drive hOme alOne
as i turn Out the light
i'll put his picture dOwn and maybe
get sOme sleep tOnite

he's the reasOn fOr the tear drOps On my guitar
the Only One whO's gOt enOugh Of me
tO break my heart
he's the sOng in the car
i keep singing dOn't knOw why i dO
he's the time taken up
but there's never enOugh
and he's all that i need tO fall intO

drew lOOk at me
i fake a smile so he wOn't see...

9 march '10

hari ni hari dia
guess,
tomoro must be my day...

what goes around comes around kan...

apa-apa lah ek...
kah..kah..kah..

dey, apa la G-day...

Wednesday, March 3, 2010

IKHLAS ke...??

bismillah.

ikhlas itu antaranya bermaksud:

"segala amalan baik yang dilakukan kerana mengikut perintah ALLAH dan menuntut keredhaan-Nya"
cukup ikhlas ke kita?
tolong orang,
tapi kadang-kala mengeluh juga??
mengeluh itu tanda tidak ikhlas??
atau tanda letih,
yang hanya ALLAH je yang tahu?
entah??
cukup ikhlas ke kita,
tolong orang, tapi nanti
benda yang ditolong itu diungkit-ungkit kembali??
letih??
tak ikhlas ke tu??
entah..

Monday, March 1, 2010

~hidup ini memang payah~

bukan setiap hari hidup kita best.
bila jadi tak best, time tu nak mengamok-ngamok...

emmm...entah.
lately, tahap sakit hati tinggi sangat.
tahap benci pun tinggi jugak.

ya ALLAH.
ampun kan dosa-dosa hamba.
hamba ini kerdil.

hari ni,
termenung panjang.
dok pikir pe nak buat
sebijik macam orang bangang.
so, lebih baik pi solat then doa panjang-panjang.

sakit hati nak mengamok
cam nak campak barang.
tapi dok pikir waras,
barang rosak kene plak buang,
kang kene ganti balik
duit sendiri yang melayang.

ya ALLAH,
tabahkan hati hamba yang kerdil ini.

so, now lebih baik dengar mp3 Quran,
kasi sejuk sket hati yang panas semacam.
daripada layan pikir,
bende tak settle-settle
sebijik macam harammm!!

p/s: kau bila nak berambos?? tak sudah-sudah menyusahkan orang!!

Sunday, February 28, 2010

...


buatlah apa kamu mahu,
asalkan tidak melanggar syariat.


kamu itu manusia,
kita tak boleh tambat kamu.


kita doakan saja,
semoga kamu jumpa bahagia kamu.

Tuesday, February 23, 2010

pasir...pasir...pasir...

bOsan...
keje ade je.
hOmewOrk + keje Opis.
buat le sikit-sikit.

semalam,
smsnye bunyi lebih kurang camni:
"aku rindu kat dia..dr pg kol x angkat..ptg td ckp jap je..then x jwb kol again..sms x reply..aku x moh assume pe2..tp akal jahat aku meronta2.skrg ni aku rs jeles gl kat kak ti..sebb dia dh dpt bahagia dia..kita plak camne??"

apa yang dia reply??
-nay-

ya Tuhan...
berikan kita semua bahagia kita...

Monday, February 22, 2010

YawL!!

monday bluess...
macam apa tah...
think almost everybody ada monday blues.
kalo yang takde tu, kita suspek...
mak aiihh...
sampai opis, tido dulu.
nyenyak seh, sampe my PA dok sebelah breakfast pun tak sedar...
heheheh...
hari isnin, letihnya semacam...
letih nak amek mood kot...
after weekend yang terperap kat kampus,
ahad jumpa dr.fuad
kelas yang agak menyeteresskan =)

opis black out.
aiii..awat le tak lepaskan kita orang balik awal-awal??

jumpa orang yang cam mengong...
ya Allah, hebat betol dugaan...

ampunkan lah dosa-dosa hamba...

isnin...isnin...
kalo hari jumaat kan best...

p.s. kita malas dengar komplen kamu, sabar sket bleh??

Saturday, February 20, 2010

mari kita tadah tangan kita

"Ya Rabb,
tenangkan hatinya,
gembirakan jiwanya,
bahagiakan hari-harinya,
kuatkan imannya"
AMIN.

p.s: cik mude, kita ingin kamu bahagia. bersabarlah. sesungguhnya sabar itu rewardnya besar.

Tuesday, February 16, 2010

ooiittss...kita balek kampung!!

tahun baru cine,
cuti lame,
balik kampong le...
kampong bukan jauh, ipoh je.
hehehe...
penat!!
tapi, bestt...

gerak malam jumaat naik savvy itam abi.
info trafik menyatakan bahawa sungkai JAMMED!
tapi kitaorang redah juge...
so, jumpelah perangai pelik-melik manusia yang cam haarraamm...


2.30 pagi baru le sampe...
mak dah siap landing...
mama juga.
budak-budak kecik and baby arissa dah lama tutup mata.
cuma asu yang setia (baik ada makne)


huiihh...diceritakan bahawa balik ipoh
senarai menu makanan dah tersedia.
perghhh...best!


malam,
pada 14/2/2010, kitaorang,
berenam plus 2 budak kecik, baby arissa tak campor pasal tido je kejenye
ber-BBQ (ica sebut ba-bi-Q)
best...
smooth je...
kali ni punye BBQ takde lagi makan kul 10mlm cam dulu.
so, kire sukses...
makanan yang abes dulu, kambing...
best weh!!


15/2/2010 last day,
petang gi kuale (kampong abi)
best...bau kampong betol!
ada sawah and air terjun lagi...
walaupun muka pucat and dada dah dup-dap
pasal kete terjatuh sebelah (time kasih orang kampong sebab tolong)
tapi then ok je, kete savvy tu tough tu...
alhamdulillah...


malam,
gerak balik kl...
emmm...sebelom tu, buat mesyuarat ngan mak.
kene interview plak.
gulp...perut ada rama-rama tetibe.
sampe kl, pesal aku tak beli pe-pe??
cam mangkuk je.


Saturday, February 13, 2010

ke sini-sana, meroyan saja...

bismillah...
bukan senang nak buat hati orang gembira,
bukan susah nak tunjuk kita senang,
tapi kadang-kadang tak senang untuk tunjuk hati kita gembira,
dan, tak susah nak buat hati orang lain jadi tak senang...
Ya Rabb,
apa yang dia membebel??
apa yang dia meroyan??
kita dah bosan...
bosan tahap gaban!
bila nak tiba di penghujungan??

Thursday, February 11, 2010

tangan itu, kita tadah lagi...dan lagi...

"Allahumma, inni asaluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha,
wa a'udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha"
(Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan wataknya. Dan aku mohon perlindunganMu dari kejahatannya dan kejahatan wataknya)
Ya Rabb, tenangkanlah hati hamba~hambaMu ini,
satukanlah hati kami dengan rasa cinta dan kasih sayang dariMu,
satukanlah kami Ya Rabb.
AMIN

Tuesday, February 9, 2010

al-FATIHAH

semoga dicucuri rahmat kepada roh beliau...

nawal binti haji abdul aziz,

classmate, friend, sister

-al-fatihah-

Monday, February 8, 2010

tangan itu, kita tadah...


"Rabbi, dengan penuh kesyukuran, hamba bersimpuh di hadapan Mu. Lakal Hamdu Ya Rabb. Telah Engkau muliakan hamba dengan Al-Quran. Kau kuatkan lah diri hamba dengan cahaya Al-Quran.Berikanlah hamba kurniaMu yang maha agung, supaya hamba tidak terperosok ke dalam lembah kenistaan.Ya Rabbi, curahkanlah tambahan kesabaran pada diri hamba ini..."

Sunday, February 7, 2010

3rd Feb 2010

Kenapa today cam tak best daripada semalam???

eemmm...boosaann..

kita menyampah, tak suka dengar orang tu complaint.
tapi...

Ya ALLAH, camne ni??

Tuesday, February 2, 2010

pehal la...

1.00 pm. (ikot jam kat mesin punch kad)
teringin makan kurma ayam...
pegi jalan belakang Rhb.
takde rezeki, makcik tak sampe lagi.
jammed le kot.

takpe,
location lain ada.

hoh...itu dia, kita dah nampak itu kurma ayam.
amik satu, alhamdulillah...rezeki..heheheh
masuk mulut...
pehal la makcik ni.
malam tadi gaduh ngan laki ke hape??
campak tong garam...
apa cerita masak takde rasa?
kantoi...

i got the feeling...yahoooo!!

today, 2nd feb...
hahahahaha...
hari yang ditunggu dah tiba...
yiippiii...
"thank you ek, sir"
Encik E.R., kirim salam kat dia ar...

sunday, 31st Jan 2010

oooii!!
pick up la the phone.
or reply la massage!
you dumb!!

or...
kita ke yang dumb tu???
tunggu satu hari suntuk...
macam tiang,
bongok!

malam,
rasa cam nak meletop!
esok, kita mengamok...
ko tunggu kat situ.
adooii...bongok!!

Tuesday, January 12, 2010

hoh...mendidih!!!

Hoh...kamu, berlagak...

2 Feb ni, kamu datang tempat kita,
kita karate kepala otak kamu.
tunggu di situ...
berdiri, jangan lari!!!

Monday, January 11, 2010

kata-kata hari ini...




"times change. feelings change.


people change"
Teluk Cempedak, 14 Feb 2008.

Kamu, berhentilah dari meroyan.

Ini bukan sesi berceramah.
Sebab kita bukan pakar.
tapi cuma untuk ingatan kepada diri sendiri dan pada sesiapa aje yang bace (kalo ada).
Maaf jiwa kita ini sangat sensitive.
Tak tau bila nak kurangkan tahap kesensitifan jiwa kalbu itu.
Weh, ingat best ke ada jiwa yang macam ni?? Tak best sangat ok. Sebab selalu rasa kerisauan tahap mangkuk… then mula la termenung-menung and kadang-kadang moody tak kene hala cam sindrom datang period gitu.adooiii….letih…
Tapi Alhamdulillah, jiwa kita bukan kering-kontang, walaupun kadang-kadang teringin nak dapat jiwa camtu. Tapi…ish, tak mau..tak mau.

Orang itu, selalu bising-bising bahawa dia ada problem kat tempat keje, ada problem pasal duit, ada problem dengan entah apa lagi. Tapi yang selalu dia bisingkan dan buat kita menyampah sakan ialah dua perkara ni; kerja dan duit.
Lalu, kita fikir… lalu menginsafi diri yang serba kurang ini.

Kawan, (saje kita panggil dengan gelaran ini. Sori sket ek, tak ingin nak jadi kawan kamu…hoh, belagaknye bunyi kita tu).
Rezeki tuhan itu amatlah luas.kenapa mengeluh selalu sangat nih??
Baik, mari kita kaji balik kenapa ramai yang suka mengeluh pasal duit… tak terkecuali kita. Gaji gred 17 ni, apalah sangat kan… lain la cam tahap jusa ke…heheheh…tapi jangan lupa, makin kita ada gaji besar, sure belanja pun makin besar. Mudah, cuba kita ingat balik, dulu gaji masa kita baru dapat gaji, contoh RM1200 tak cukup then bila dah lama keje gaji pun sure naik kan, tapi masih lagi tak cukup… emmm… heran kan. Tapi itulah yang terjadi kepada almost everybody(almost ek).

Berbalik kepada cerita mengeluh pasal ketakcukupan duit tadi.
Cuba kita fikir,adakah kerana memang kita semua ini kekurangan dalam ilmu financial management?
adakah duit yang kita dapat itu,puncanya dari sumber yang betul?
Adakah duit yang kita dapat itu kita gunakan pada yang sewajarnya??
Kerja untuk kita dapat duit itu dibuat dengan betul, tawaduk, ikhlas dan lain-lain??
Duit yang kita dapat itu, kita gunakan pada tempat apa (kalo asyik abeskan duit kat pub and bar tonggang air setan tu abes jugak duit ye)??

Sesungguhnya, walaupun kita punye pangkat bergred 17, kerja ngan encik kerajaan, tapi, kita masing-masing ada komitmen kerja sendiri.
Baru la gaji yang kita dapat tu bertambah barokah. Faham??
Entah, kita tak suka dengan komen orang tu yang cam ni lebih kurang bunyik:

"tak yah, kamu tu kerja kerajaan, tak yah bagi komitmen banyak banyak. Lain la cam saya”

Wah, bestnye ayat.
Ya… kita rasa cam kecik ati bila orang tu cakap camtu.
Takpe, kita maafkan dia.
Tapi kene ingat, kalo pun kita ini kene angkat sampah kat tepi jalan, tapi kene bagi komitment , dedikasi, bertanggungjawab efisyen dan bla…bla…bla…jugak ek… baru lah barokah.
Cuba fikir…cuba fikir… semua yang berkaitan dengan duit itu adalah datangnya dari kerja yang kita buat…
Cuba fikir…cuba fikir… apa yang kita dah buat semasa kita dapat duit itu… bersyukur tak??
Ada bayar zakat??
Ada bagi sedekah??
Guna kat tempat mana duit tu??
Laburkan ke arah mana?
Emmm…fikir-fikir…
Rezeki Tuhan itu luas beb…luas…
Tanpa kamu sedar, sebenarnya Tuhan itu dah bagi kamu rezeki yang cukup untuk kamu gunakan sebenarnya…
kamu tak melarat kan??
Tak kebulur kan??
Kamu pakai baju kan..
Oh.. lupa, kamu ada juga kereta.
Kerja juga kamu masih ada…
Come on, jangan meroyan.
Kita menyampah nak dengar.
Bersederhanalah… cari itu barokah.
Sudah, out…pegi berambus!!(maaf)
Kita dah menyampah!!