that evening,
"tak balik kampung kenapa?"
"malas"
"elok lah tu"
Senyap...
you know why...
"jangan nak merayap malam-malam"
"ye, orang tak buat"
Hasilnya, Sabtu, Ahad & Isnin dok rumah.
Settlekan kerja, tido, tengok tv, makan & menyembang..pok pek..pok pek..
Hijrah 1430
apa azam?
entah. Tak buat apa-apa pun azam. tahun lepas pun tak.
tapi tahun ni, untuk 3 hari tu, kita termenung & merenung..
emm..apa yang kita dah buat selama nih?
benda baik & benda buruk.terutamanya benda buruk.
dosa & pahala. terutamanya dosa..
ye lah..umur pun makin lanjut...makin tua..
tiba-tiba, dalam dok termenung dan merenung,
perasaan kenapa lah diri ini bodoh sebab senang hanyut dengan nafsu & bisikan setan datang bertalu-talu..
ALLAHUAKBAR!
manusia memang begitu..
mudah tunduk kepada nafsu..
kemuadian menyesal tak sudah..
menangis tak usah ceritalah.
Dr. Fuad cakap,
"kita ini selalu taubat sambal belacan"
tahu tak?
yelah, bila dah makan sambal belacan terasa pedas, pijar dan rasa tak moh makan lagi..tobat..tobat..
tapi nanti, sambal belacan itu dicari lagi..
yelah..makan tak pedas tak best, tak layan kan??
emm...betulkan?? itulah hakikat & realiti duniawi.
lagi, perbincangan tentang aurat juga ada disentuh.
katanya,
"antara 2 hadiah. berbalut dan tak berbalut.yang mana kamu prefer?"
"berbalut!" jawap kami.
"why?"
"lebih proper". jawap seorang.
"lebih cantik". jawap seorang lagi.
"lebih suprise, lebih baik"
dan macam-macam lagi jawapan.
"yang tak berbalut?"
"tak cantik and then dah tau apa isi"
"jadi samalah dengan tutup aurat. kita menutup aurat, bukan menutup urat. sedangkan kita ini selalu mahu memilih yang cantik dan ingin menjaga benda yang kita sayang, kenapa dalam perihal aurat ini kita tak jaga? baik lelaki mahupun perempuan?"
semua benda yang diucapkan membuatkan kita merenung dan termenung.
"Ya Allah, ampunkanlah kita."
No comments:
Post a Comment