Beberapa minggu lepas, masa kita tengah keje kawan kita telepon kita.. entah kenapa tiba-tiba je muncul.. lama tak kontek..
so, kitaorang pun borak..tanya khabar and bla..bla..bla..
tiba-tiba, dia bertanya satu soalan, apabila mendengar soalan dia..kita duduk kat kerusi hijau yang empuk tu kat meja kerja kita..
kita try jawab soalan dia dengan suara yang sangat terkawal.. dan dalam hati mendoakan semoga buat masa sekarang tiadalah soalan lanjutan kerana kita kurang gemar akan kejutan-kejutan..Alhamdulillah, lepas kita jawab soalan, dia ubah topic perbicaraan. bukan kita tak gemar..cuma kita selalu emo apabila terkejut.. (masalah yg tak dapat nak elak)
Balik, dalam LRT, kerana terbawa-bawa dengan perasaan sendiri kita bagitau kat Kak Z..
"kak, tadi kawan orang tepon and tanya soalan untuk knowlegde."
then kita pun story la kat kak z. Kak Z diam..
lalu kita taipkan sms untuk kawan kita sebagai knowledge tambahan..
"mandi wajib itu wajib dilakukan apabila keluar haid, mani, having seks dan lain-lain. kalo tak mandi maka tak sah lah amalan kita seperti puasa dan solat. WHY? sebab, semasa kita beribadat terutamanya solat, kita perlulah suci dari hadas besar mahupun kecil.Kalo dah hav seks pada siang hari dalam bulan ramadhan, maka dendanya adalah puasa berturut-turut selama 60 hari untuk lelaki. non stop tau.."
kita bagi tau kat kak z how sedihnya kita sekarang.. bukan nak cakap kita ini bijaksana mahupun bijak sini dan alim tapi...entah..kita sedih..
balik umah dengan pelbagai perasaan (maaf..kita memang selalu macam ni..penuh dengan emo).
mandi, solat isyak and try to sleep.. tapi takleh..
so, sms kak z.. hehehe..sori kak, kita kacau kamu tengah malam..
"kak, orang takleh tido..keep thinking bout my friend..orang sedih..tak tau wat actually happen kat dia."
and then kak z reply mesej kita.
"pasal kawan kamu tu, kamu kene think positive. memang benda yang ditanya adalah perkara basic tapi yang lagi teruk dari itu pun ada.kita menarik rambut dalam tepung.tepung tak selerak,rambut tak putus.. manusia tak mungkin tak pernah buat silap.dia mungkin benar-benar keliru. kita tak tau kan? dia percayakan kamu untuk huraikan kekeliruan dia. jadi kamu nasihatkan lah dia. Past is past. yang penting akan datang, bila dia dah tau dia tak akan buat lagi. k.dont b sad for something yang dah jadi..focus kat dia punya future k"
apa yang kak z cakap memang betul.. PAST IS PAST. ini mengingatkan kita pada 2 ayat dalam al-Quran..
"Dan janganlah engkau merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang akan menimpa kamu"
(Ali Imran 3:139)
"Dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan)"
(Al-Hijr 15:88)
Maaf kawan, kita tak sepatutnya berperasaan begitu terhadap kamu..datanglah kepada kita, biar kita tolong kamu.. insyaallah..biar kita sama-sama belajar..kalau kita tak tahu, kita ada ustaz kat school kita..kita boleh tanya dia..datanglah kepada kita..
lalu. kita cakap kat diri kita sendiri, seperti selalu
"kamu, silalah bertenang"
1 comment:
jgn elak atautak suka atau ko punya pasallahkan kawan2 semuslim kita. tolong selagi boley.
selain kita dapat pahala, kita dapat memperingati diri kita juga.
and one more ting, jgn bukak aib dia. bagi dia pinjam buku Asas-asas Fardu Ain akak tu.
akak ada beli buku soal jawab. tapi tak ambik lagi kat kak bilis. nanti, dah ada, ada refer kat situ. ok.
Post a Comment