Sunday, February 7, 2010

3rd Feb 2010

Kenapa today cam tak best daripada semalam???

eemmm...boosaann..

kita menyampah, tak suka dengar orang tu complaint.
tapi...

Ya ALLAH, camne ni??

Tuesday, February 2, 2010

pehal la...

1.00 pm. (ikot jam kat mesin punch kad)
teringin makan kurma ayam...
pegi jalan belakang Rhb.
takde rezeki, makcik tak sampe lagi.
jammed le kot.

takpe,
location lain ada.

hoh...itu dia, kita dah nampak itu kurma ayam.
amik satu, alhamdulillah...rezeki..heheheh
masuk mulut...
pehal la makcik ni.
malam tadi gaduh ngan laki ke hape??
campak tong garam...
apa cerita masak takde rasa?
kantoi...

i got the feeling...yahoooo!!

today, 2nd feb...
hahahahaha...
hari yang ditunggu dah tiba...
yiippiii...
"thank you ek, sir"
Encik E.R., kirim salam kat dia ar...

sunday, 31st Jan 2010

oooii!!
pick up la the phone.
or reply la massage!
you dumb!!

or...
kita ke yang dumb tu???
tunggu satu hari suntuk...
macam tiang,
bongok!

malam,
rasa cam nak meletop!
esok, kita mengamok...
ko tunggu kat situ.
adooii...bongok!!

Tuesday, January 12, 2010

hoh...mendidih!!!

Hoh...kamu, berlagak...

2 Feb ni, kamu datang tempat kita,
kita karate kepala otak kamu.
tunggu di situ...
berdiri, jangan lari!!!

Monday, January 11, 2010

kata-kata hari ini...




"times change. feelings change.


people change"
Teluk Cempedak, 14 Feb 2008.

Kamu, berhentilah dari meroyan.

Ini bukan sesi berceramah.
Sebab kita bukan pakar.
tapi cuma untuk ingatan kepada diri sendiri dan pada sesiapa aje yang bace (kalo ada).
Maaf jiwa kita ini sangat sensitive.
Tak tau bila nak kurangkan tahap kesensitifan jiwa kalbu itu.
Weh, ingat best ke ada jiwa yang macam ni?? Tak best sangat ok. Sebab selalu rasa kerisauan tahap mangkuk… then mula la termenung-menung and kadang-kadang moody tak kene hala cam sindrom datang period gitu.adooiii….letih…
Tapi Alhamdulillah, jiwa kita bukan kering-kontang, walaupun kadang-kadang teringin nak dapat jiwa camtu. Tapi…ish, tak mau..tak mau.

Orang itu, selalu bising-bising bahawa dia ada problem kat tempat keje, ada problem pasal duit, ada problem dengan entah apa lagi. Tapi yang selalu dia bisingkan dan buat kita menyampah sakan ialah dua perkara ni; kerja dan duit.
Lalu, kita fikir… lalu menginsafi diri yang serba kurang ini.

Kawan, (saje kita panggil dengan gelaran ini. Sori sket ek, tak ingin nak jadi kawan kamu…hoh, belagaknye bunyi kita tu).
Rezeki tuhan itu amatlah luas.kenapa mengeluh selalu sangat nih??
Baik, mari kita kaji balik kenapa ramai yang suka mengeluh pasal duit… tak terkecuali kita. Gaji gred 17 ni, apalah sangat kan… lain la cam tahap jusa ke…heheheh…tapi jangan lupa, makin kita ada gaji besar, sure belanja pun makin besar. Mudah, cuba kita ingat balik, dulu gaji masa kita baru dapat gaji, contoh RM1200 tak cukup then bila dah lama keje gaji pun sure naik kan, tapi masih lagi tak cukup… emmm… heran kan. Tapi itulah yang terjadi kepada almost everybody(almost ek).

Berbalik kepada cerita mengeluh pasal ketakcukupan duit tadi.
Cuba kita fikir,adakah kerana memang kita semua ini kekurangan dalam ilmu financial management?
adakah duit yang kita dapat itu,puncanya dari sumber yang betul?
Adakah duit yang kita dapat itu kita gunakan pada yang sewajarnya??
Kerja untuk kita dapat duit itu dibuat dengan betul, tawaduk, ikhlas dan lain-lain??
Duit yang kita dapat itu, kita gunakan pada tempat apa (kalo asyik abeskan duit kat pub and bar tonggang air setan tu abes jugak duit ye)??

Sesungguhnya, walaupun kita punye pangkat bergred 17, kerja ngan encik kerajaan, tapi, kita masing-masing ada komitmen kerja sendiri.
Baru la gaji yang kita dapat tu bertambah barokah. Faham??
Entah, kita tak suka dengan komen orang tu yang cam ni lebih kurang bunyik:

"tak yah, kamu tu kerja kerajaan, tak yah bagi komitmen banyak banyak. Lain la cam saya”

Wah, bestnye ayat.
Ya… kita rasa cam kecik ati bila orang tu cakap camtu.
Takpe, kita maafkan dia.
Tapi kene ingat, kalo pun kita ini kene angkat sampah kat tepi jalan, tapi kene bagi komitment , dedikasi, bertanggungjawab efisyen dan bla…bla…bla…jugak ek… baru lah barokah.
Cuba fikir…cuba fikir… semua yang berkaitan dengan duit itu adalah datangnya dari kerja yang kita buat…
Cuba fikir…cuba fikir… apa yang kita dah buat semasa kita dapat duit itu… bersyukur tak??
Ada bayar zakat??
Ada bagi sedekah??
Guna kat tempat mana duit tu??
Laburkan ke arah mana?
Emmm…fikir-fikir…
Rezeki Tuhan itu luas beb…luas…
Tanpa kamu sedar, sebenarnya Tuhan itu dah bagi kamu rezeki yang cukup untuk kamu gunakan sebenarnya…
kamu tak melarat kan??
Tak kebulur kan??
Kamu pakai baju kan..
Oh.. lupa, kamu ada juga kereta.
Kerja juga kamu masih ada…
Come on, jangan meroyan.
Kita menyampah nak dengar.
Bersederhanalah… cari itu barokah.
Sudah, out…pegi berambus!!(maaf)
Kita dah menyampah!!